Friday, March 13, 2020

Hari 002 (17/10/2018) - Pembedahan Ummi di Hospital Sg Buloh

Jam 1:20 pagi (17hb Okt 2018)....
Result CT Scan dah ada..
Doktor tunjukkan gambar CT Scan dan maklumkan Pendarahan agak serius...tapi Tidak sampai ke Brain Stem (Pangkal Otak)....
Keputusan perlu di buat secepat mungkin....
Option 1 : Biarkan sahaja begitu......Kemungkinan pendarahan akan merebak ke tempat2 lain dlm otak.
Option 2 : Pembedahan di kepala...stop the bleeding dan vacum darah yang ada ditempat pendarahan.
Risiko Pembedahan : Komplikasi semasa pembedahan @ Komplikasi selepas pembedahan.

Semua anak2 sudah tiba...except Ateh dan Along...
Semua anak2 berkumpul untuk berbincang....Ateh dan Along dihubungi melalui video Call.
Abah maklumkan tentang status Ummi serta option dan risiko yang akan dihadapi.
Abah minta semuanya buat solat Istikharah dan akan berbincang lagi selepas solat Istikharah nanti.
Semuanya ke bilik Solat di tingkat bawah..

Selepas solat istikharah, sekali lagi kami anak beranak berkumpul dan berbincang..
Sebulat suara bersetuju untuk Ummi dibedah..
Walau apa terjadi....kami semua akan MENJAGA UMMI...walau apapun keadaannya..

UNGKAPAN MENYENTUH HATI
....Jika Ummi tak kenal kita nanti...tak apa....kita semua masih kenal UMMI...

Abah maklumkan kepada Doktor bertugas untuk jadualkan pembedahan Ummi secepat mungkin...
Mereka akan maklumkan Hospital Sg Buloh (HSB) dan kemungkinan pembedahan dibuat esok hari...
Kami diminta untuk stand-by sahaja bila-bila masa.

Jam dah 5:30 pagi....
Pak Sham dan Fuad pun ada sekali..
Solat Subuh bersama anak2 dan menunggu keputusan untuk ke HSB.

Jam 9:00 am...Katil ummi ditolak menaiki Ambulan untuk ke HSB.
Abah naik sekali bersama Ummi...
Anak2 dan semua keluarga masing masing bertolak ke HSB.



Jam 10:30am 17/10/2018
Abah dan Azwani di brief oleh Surgeon tentang prosedur yang akan dilakukan...
Tengkorak kepala Ummi akan dibuka 1/3...pendarahan akan dibersihkan atau vacum... urat yang pecah akan dijahit atau diikat...dan InsyaAllah..prosedur memakan masa dalam 3-4 jam..
Risiko yang mungkin ada :
1) Komplikasi Jantung semasa pembedahan.
2) Komplikasi pendarahan lain semasa pembedahan.
3) komplikasi Jangkitan kuman semasa pembedahan

MOHON SEMUANYA DIJAUHKAN ALLAH...AAMIIN

Abah di minta menunggu di ruang menunggu...

Ahli keluarga dan sahabat2 sudah ramai yang datang....
Bonda, Abg Man, YB Ustaz Saiful, Mak Jah Damansara

Betapa tidak keruan hati ini...
KepadaMu Ya Allah...aku serahkan isteriku tercinta..
DitanganMu lah segala-galanya..
Permudahkan lah  segalanya..
Kembalikan kesihatan kepadanya..
Aku redha dan terima seadanya...
Aku Sayang Dia...Ya Allah....

Doa dari ahli keluarga semua....



Lebih kurang jam 3:30pm...Abah dipanggil oleh Surgeon...
Pembedahan sudah selesai...agak lama sikit kerana Doktor melakukan prosedur tambahan...
Nanah resdung agak banyak sedikit di bahagian dahi Ummi dan proses bersihkan nanah juga dilakukan....

Alhamdulillah....Doktor maklumkan pembedahan berjaya...Tiada komplikasi...
Cuma disebabkan oleh nanah resdung, doktor terpaksa menambahkn ubat antibiotik..
Team Operasi sedang melakukan pembersihan dan closing (jahitan semula) dan diminta bersedia untuk dibawa Ummi semula ke HSA...
ICU HSB penuh...terpaksa hantar semula ke ICU HSA..

ALHAMDULILLAH....YA ALLAH....SYUKUR KPD MU...YA ALLAH..



Jam 6:00pm...Ummi sampai di HSA dan ditempatkan kat ICU Tingkat 5..
Lawatan belum dibenarkan...

Abah dan anak2 tunggu dibilik waris di luar bilik ICU..


Malam ini....abah dan Alang tunggu di bilik waris kat ICU...tidur di hospital...
Anak2 lain tidur dan rehat di rumah Fuad..





Alhamdulillah....malam ini dibuat solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau Ittifaqiyyah, di Surau Mustaqim, di rumah Jalan Pawang dan semua ahli keluarga...

Sahabat-sahabat termasuk dalam HPA, Ustaz-Ustaz, tahfiz di maklumkan untuk melakukan yang sama....INSYAALLAH...

“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan dari segala manusia di muka bumi, berikanlah kesembuhan kepada Kak Teh Fauziah bt Musa , angkatlah penyakit dia, dan jadikanlah penyakit yang dia deritai sebagai pelebur dosa. Hanya kepadamu lah kami meminta kesembuhan, kesembuhan yang tak ada kambuh lagi."

Amin Ya Robbal'alamin.







Thursday, March 12, 2020

Hari 001 (16/10/2018) - Ummi Pengsan di Surau Plaza Tol Bukit Raja

Tarikh : 16 Oktober 2018 (Selasa)

Hari ini jam 10:15 malam

======================================================
Assalam...anak2 semua..
Ummi pengsan kat Surau di shah Alam..skrg abah dgn ummi dlm ambulan ke hospital kerajaan seksen 7 shah alam.. tenang2...bnyk kan berdoa kpd Allah...agar ummi sihat dan dilindungi Allah...Aamiin

Bateri tepon abah nak habis...apa2 guna tepon ummi ya...

======================================================

Ketika ini....hanya Abah yang ada bersama Ummi...
Kami dalam perjalanan ke Klang untuk menghadiri Perjumpaan Muslimat di sana bersama dengan Ustaz Md Cina (UMC)...

Bertolak dari rumah lepas solat Maghrib....Alang dan Adik ada di rumah..
Abah nampak Ummi kepenatan....rasa pusing2...
Jadi abah cadang kat Ummi..tak payah ikut....
Tapi Ummi nak ikut jugak...duduk dlm kereta shj pun tak apa katanya...

Abah bagi Ummi minum air suam dengan madu sbb takut Tekanan Darah rendah..
Lepas minum, kami bertolak ke Klang..

Sampai kat Tol Bukit Raja...Ummi ajak abah berhenti utk solat Isya.
Abah bersetuju....dan kami berhenti..
Abah pimpin tangan Ummi masuk bilik air sebab abah takut Ummi jatuh sbb lantai licin.
Abah pimpin tangan Ummi bawa ke tempat ambil wuduk.
Lepas ambil wuduk..abah bagi tahu...Ummi solatlah dulu..abah nak ke bilik solat lelaki..
Masa tu hanya Ummi sorang kat bilik solat tu..
Abah pun pergi ke bilik solat lelaki..abah pun sorang-sorang kat bilik solat lelaki.

Lepas solat...abah terus ke kereta sbb nak caj bateri telepon..
Abah hidupkan enjin kereta & tunggu kat dlm kereta.
Lepas 10 atau 15 minit...Ummi masih tak keluar..
Abah pun matikan enjin dan menjenguk ke bilik solat perempuan..
Abah nampak Ummi bersandar di dinding surau..
Abah masuk dan memangku serta meriba kepala Ummi..
Ummi...Ummi..kenapa? Ummi penat ke? 
Masa tu ummi bersuara tapi dah tak berapa difahami..
Kalau Ummi penat...kita berehat sini lah..kita tidur dulu kat sini...
Abah ada...

Abah pun jenguk ke pintu surau...masa tu abah nampak Mak Cik cleaner plaza tol tu..
Abah cakap....tolong panggilkan ambulan...isteri saya pengsan...
Dia pun naik ke bangunan Plaza Tol tu..

Masa tu..abah teringat kat Fuad....abah pun telefon Fuad...minta dia panggil ambulan jugak..
Sambil menunggu..abah bercakap2 dengan Ummi..dengan kepalanya di riba abah..
Ummi sabar ya...Abah ada kat sini...Ummi rehat..ingat Allah...jangan fikirkan apa2 lagi..
Program tu....biar Ustaz UMC aje teruskan...
Masa tu...mulut ummi berbunyi bunyi mcm nak bercakap tapi abah dah tak faham apa yang ummi sebut...tapi tangan Ummi memeluk erat dan kuat tengkuk dan badan abah..

Dalam 10 minit..ambulan dan Fuad datang....
HA minta ummi naik atas stretcher..
Masa tu abah pegang badan Ummi dan abah nampak Ummi angkat kaki untuk naik atas stretcher tapi tak kesampaian...jadi kami terus angkat Ummi dan letak atas stretcher dan dimasukkan kedalam ambulan...
Kunci kereta abah serah kat Fuad dan abah naik sekali dengan Ummi.
Abah pegang tangan Ummi...sambil2 ajar Ummi mengucap...

HA ambil bacaan glukos Ummi...... Bacaan Normal
HA ambil bacaan tekanan darah Ummi........ AllahuAkbar.... Bacaannya 207...!!!!!

Perjalanan dari Tol Bukit Raja ke Hospital Shah Alam (HSA) terasa begitu lambat...padahal dalam 10 minit sahaja...

Sampai di Unit Kecemasan HSA, stretcher ditolak ikut LINE KUNING...sampai didalam HA meneliti Ummi & katanya pupil Ummi dilated.... Abah tanya maksudnya?? Dia kata mata hitam Ummi tak sama saiz..menunjukkan ada pendarahan di dalam otak...
Jadi..terus ditolak ke LINE MERAH....
Disini Ummi diberikan alat pernafasan lain-lain..
Doktor minta keizinan abah untuk di buat CT Scan..



Anak2 semua dah dimaklumkan...
Alang dan Adik diminta datang ke HSA..
Along di wassap sbb masih outstation di Kuching Sarawak....akan menukar flight utk balik lebih awal.
Angah bertolak balik dari UNIKL Melaka dan singgah di USIM Nilai utk ambil Kak Chik.
Ateh kat Egypt pun sudah dimaklumkan..

Semua ahli keluarga sudah di wassap tentang keadaan Ummi dan diminta semua berdoa kpd Allah akan dikurniakan yang terbaik...

Jam 1:00 pagi (17hb Okt 2018)....
Abah jenguk meninjau wajah Ummi di katil di wad Emergency..
Masih tak sedarkan diri...Namun wajah Ummi cerah, bersih & tenang..
Hanya doa kepada Allah di dalam hati Abah ...
Ya Allah...kurniakanlah yang terbaik kepada Ummi dan kami semua..Aamiin


Jam 1:20 pagi (17hb Okt 2018)....
Result CT Scan dah ada..
Doktor tunjukkan gambar CT Scan dan maklumkan Pendarahan agak serius...
Keputusan perlu di buat secepat mungkin....




Tuesday, January 15, 2019

SELAMAT TAHUN BARU

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019

SEMOGA SENTIASA DIBERKATI DAN DILINDUNGI ALLAH..
AAMIIN

Sunday, December 13, 2015

Kak Chik ikut Kursus JDK di Kuantan 12 Dis - 31 Dis 2015

Kursus Jatidiri dan kesukarelawan peringkat zon Timur.
Resepi kejayaan mencapai objektif JDK
1. Keimanan kepadaNya kuat
2. Tersedia keikhlasan dijalanNya
3. Semangat memperjuangkan meningkat
4. Bersedia berkorban dan beramal utk melaksanakannya
Moga Allah mempermudahkan dan melancarkan kursus ini sehingga ke penghujungnya, insyaAllah.



Adik Interview Form 1 di Imtiaz Kemaman

Hari Interview adik di  IMTIAZ Kemaman
....600 org murid datang...tapi tempat hanya untuk 47 orang sahaja..

Hanya Allah yang menentukan...
Yang TERBAIK hanyalah dari mu...

Thursday, November 19, 2015

Hari Kecemerlangan KAFA 2015

Alhamdulillah...semuga diberikan rahmat dan berkat oleh Allah selalu hendaknya...Ameen..






5A untuk anak-anak kita dan kita juga..

5A begitu istimewa ...
A - Ingat dan takut ALLAH
A - Sayang dan taat pada AGAMA
A - Tinggi AKHLAK nya
A - Seorang ANAK yg baik
A - Hormat AYAH dan ibunya
Semoga anak2 kita dan lebih2 lagi diri kita sendiri dpt capai 5A ni.. Allahumma aamiin